top of page

Kejatuhan Ringgit : Masalah Yang Tiada Kesudahan


Samada kejatuhan Ringgit itu menandakan kelemahan pada fundamental ekonomi negara Malaysia atau adakah mungkin Ringgit kini diserang oleh penyangak matawang seperti mana yang pernah berlaku pada tahun 1997 – 1998 dikenali sebagai ‘Asian Currency Crisis’, kedua-dua kemungkinan ini walaupun berbeza sifatnya akan tetapi pada hakikatnya berkongsi masalah punca atau asas yang sama.Untuk kita memahami masalah kejatuhan Ringgit, penulis ingin membawa pembaca memahami isu asas ini terlebih dahulu kerana tanpa kita memahami puncanya, bagaimana mungkin kita dapat mencari ubatnya!



Bagaimana Matawang Tercipta?

Punca segala krisis matawang dan ekonomi dari dahulu hingga kni sebenarnya berpusat didalam sistem matawang itu sendiri. Mungkin ramai diantara kita yang kurang memahami bagaimana sistem matawang ini hari tercipta? Sebagai permulaan, mari kita telahi mengapa ungkapan Ingerris “As Good As Gold” itu tercipta? Kerana asasnya, emas itu sifatnya kaya lagi stabil tidak dimakan zaman. Tautan kekayaan kepada emas adalah lumrah kehidupan yang tidak boleh disangkal dari dahulu hingga kini. Tiada pemerintah atau kerajaan yang tidak mahukan emas sebagai punca kekayaan. Begitu jugalah matawang dan oleh kerana matawang itu adalah petanda kekayaan sesebuah negara, maka sifat semulajadinya adalah emas sepertimana didalam ungkapan Ingerris diatas. Pada awal pengunaan matawang, semua matawang adalah terbentuk dari logam. Secara amnya, logam yang kerap digunakan adalah emas. Itulah asas matawang Dinar yang digunakan oleh dunia Islam suatu ketika dahulu. Begitu juga semasa pemerintahan Roman, matawang emas yang dikenali sebagai ‘Denarius’ adalah matawang rasmi kerajaan Roman.

Akan tetapi, peniaga Yahudi yang menjalankan perniagaan pajak gadai (era sebelum perbankan) mula memperkenalkan sistem matawang baru yang berbentuk kertas diatas alasan untuk memudahkan transaksi perdagangan. Pada mulanya, kesemua duit kertas yang dicetak itu berlandaskan pada emas. Ini bermakna, sesiapa yang memegang duit kertas ketika itu boleh menukarkan kepada emas dimana-mana kedai pajak gadai. Inilah bermulanya era zaman ‘Gold Standard’. Di zaman ini, jumlah cetakan duit kertas itu bergantung kepada jumlah emas yang ada didalam simpanan. Tidak lebih dan tidak kurang. Lama-lama kelamaan, peniaga Yahudi tersebut merasakan cetakan duit kertas berlandaskan emas menghadkan keupayaan mereka untuk berbelanja melebihi kemampuan serta ini tidak menguntungkan perniagaan mereka kerana tiada keuntungan berlandaskan ‘faedah’ dapat dibuat. Disebabkan ramai pemegang matawang kertas tidak menukarkan matawang kertas mereka kepada emas, maka peniaga-peniaga Yahudi mula terfikir sekiranya lebih banyak matawang kertas yang dicetak, tiada siapa yang tahu kerana amat jarang pemenagang matawang kertas mahu menukarkannya kepada emas. Peluang ini digunakan oleh peniaga Yahudi dengan mencetak duit kertas melebihi pegangan emas yang ada. Maka, inilah permulaan sistem ‘Fractional Reserve’ yang digunapakai oleh semua bank kini termasuk perbankan Islam dimana bank boleh mengeluarkan pinjaman melebihi pegangan deposit yang ada. Lama-kelamaan, oleh kerana cetakan matawang kertas telah terlalu banyak dibuat, maka sistem’Gold Standard’ yang ada mula dihapuskan pada tahun 1972 oleh President Nixon. Sejak itu, matawang kertas tidak lagi boleh ditukarkan kepada emas. Dan ketika itu juga, Nixon mengharamkan segala pegangan emas oleh setiap individu lalu memaksa setiap orang menerima sistem matawang yang sedia ada. Maka, akibatnya kini emas tiada lagi digunakan untuk menjamin keutuhan sesuatu matawang tersebut. Jaminan pada duit kertas itu hanyalah berbentuk jaminan dari pihak kerajaan yang memerintah dan mengeluarkan matawang tersebut.

Kesan Pengunaan Matawang Kertas

Jadi, berbalik pada isu ini hari, tiada kerajaan di dunia ini yang mampu untuk mengekang matawang mereka dari jatuh mahupun naik. Ini adalah kerana sistem matawang yang sedia ada kini membenarkan matawang itu diperniagakan seperti mana-mana bahan komoditi iaitu logam dan beras walhal apa yang diniagakan hanyalah kertas semata-mata yang tiada unsur komoditi.

Sistem ini tidak wujud semasa matawang kertas itu bersandarkan emas juga semasa zaman matawang emas Dinar digunapakai.

Halatuju Ringgit Selepas Ini?


Banyak sebab boleh menjadi pendorong kepada kejatuhan Ringgit. Ada yang negatif dan ada juga yang positif. Kejatuhan Ringgit ada juga baiknya sekiranya ini diperlukan untuk menambaikkan kompetitif ekspot negara. Akan tetapi, bagi negara yang sedang membangun, matawang yang lemah boleh menterhadkan pembangunan kerana tidak mampu mengimpot barangan serta servis dari luar negara kerana kos yang meningkat akibat kejatuhan nilai matawang tempatan. Masalah utama kini adalah, selagi matawang kertas itu digunapakai, mana-mana negara di dunia ini pun tidak akan mampu mengawal jatuh atau naiknya matawang mereka. Ini adalah kerana penjual dan pembeli matawang boleh bertindak diluar kawalan pihak kerajaan. Ini juga bermakna walaupun ekonomi sesebuah Negara itu kukuh, matawangnya tidak semestinya kukuh.

Akan tetapi, dari sudut asas ekonomi, memastikan pegurusan ekonomi sesebuah negara itu penting untuk memastikan matawangnya kukuh. Masalah yang ketara kini adalah oleh kerana harga minyak jatuh mendadak, maka keyakinan pada Ringgit telah jatuh lalu dijual sehingga nilainya jatuh rendah. Pelabur matawang memandangkan pendapatan Negara akan berkurangan akibat kejatuhan harga minyak. Jadi, walaupun ekonomi sesebuah negara itu kukuh, ia tidak boleh mengawal matawangnya dari diserang. Dari sudut fundamental, lapuran ekonomi negara mula menunjukkan masalah “Current-Account Surplus” yang semakin merosot iaitu cuma 2.8% dari GDP. Ini menandakan jualan dari expot semakin berkurangan. Pasaran saham dan bon juga menyaksikan penurunan pulangan yang ketara berbanding dengan pasaran di sekitar Asia Tenggara. Oleh kerana ramai pelabur luar yang melabur didalam negara kina telah menjual pegangan bon dan saham mereka, maka ini juga menyebabkan kejatuhan Ringgit. Ini ditambah pula dengan peningkatan USD akibat dari pemulihan ekonomi menyumbang juga kepada kejatuhan Ringgit. Malahan, kerajaan sudah menghadapi “Defisit Fiskal” selama 16 tahun hingga kini dan dengan penurunan harga minyak, ditakuti jurang defisit ini akan melebar lagi. Kerajaan juga perlu menjelaskan kepada rakyat dalam banyak perkara. Banyak pelaburan negara yang tidak dijawab dengan jujur seperti 1MDB yang menjadi tanda soal yang tiada noktahnya hingga kini. Kerugian pada Felda, MAS dan beberapa syarikat GLC lain juga boleh menjadi penyebab.



Kesimpulannya, adakah Malaysia akan berjaya didalam menangani masalah kejatuhan Ringgit sepertimana yang berlaku pada tahun 1997-1998?

PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Clean
  • Twitter Clean
  • Instagram Clean
  • White YouTube Icon
  • RSS Clean
bottom of page